Posts

Showing posts from 2013

GST - Goods Service Tax

Image
Goods & Services Tax (GST)   adalah sejenis   Value Added Tax (VAT)   iaitu cukai keatas nilai yang ditambah.  Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) yang diamalkan sebelum ini...  Mmg dr segi kasar,  GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%)  tapi kena ingat -  GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".  X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena. Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%! Sebagai cth : produk A harga kilang RM20. • cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2. • cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20. [RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.

Doa Untuk Pengantin

Image
Ucapan terbaik (doa) daripada sunnah Rasulullah S.A.W buat pasangan pengantin, maksudnya: بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ     " Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan ."  (Dalam bahasa Arabnya: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair). Inilah doa untuk pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah). Kita doakanlah pengantin yang diraikan dengan doa ini. Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan? Jika asas perkahwinan adalah kerana  seks , maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di  bilik tid

Diana Amir&Habib Di Majlis Pernikahan

Image
بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.” Alhamdulillah, kedua mempelai Selamat Di IjabQabulkan menjadi sepasang suami isteri, semoga cinta kekal abadi hingga ke Syurga Firdaus. Aminn.. credit to :  http://www.rotikaya.com  

Diana Amir Dan Habib

Image
KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN BERINAI Doakan agar kedua pasangan dipermudahkan segala urusan IjabQabul dan di kurniakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.  ~Tahniah Diana Amir & Habib~

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

1. Definisi Mahar Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :  “ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka m

Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Image
1.   “Wahai anak kesayanganku!  Allah SWT  memerhatikan  dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.” 2.   “Wahai anakku!  Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT .” 3.   “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah  SWT  (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan  syirik  itu adalah satu kezaliman yang besar.” 4.   “Wahai anakku,  Bersyukurlah  kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.” 5.  “Wahai anakku!  Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu  mencari ilmu  tetapi engkau tidak pernah mengamal