Posts

LASTDAY MENGIDAM AYAM KFC!

Image
 Rajin pulak update blog, yelah bersengkang mata baby selalu terjaga. Teringat alkisahnya pada 4 January 2020, tekak terasa nak makan ayam KFC sebenarnya tapi tak layan mana lah dan tak bagitau pun kat husband. Sebab malas nak susahkan orang mencari. Lagi 1 bila nak minta tolong orang kita mesti tengok keadaan dia tengah busy ke tak...klu mood tak okay, bila ajak taknak kita juga yang sentap sedih luka duka semua ada. So nak elak emosi mcm tu berlaku kalau boleh sendiri, memang p beli sendiri je (sejenis perangai) Unplanned, so malam tu husband ajak keluar p Sunway Putra Mall cari barang kat Kaison, Diy, Brand Outlet & LadyLike Shop nak tambah tshirt dalam berpantang. Pastu cari barang-barang baby, keperluan hospital, sweater last prepared dah tu kiranya 😅 Seriously, time nie memang tak larat sangat dah nak jalan tapi tetap berjalan juga & masuk Guardian still menyempat beli lipstick! Ya Allah! Mmg klu suka makeup baby boy eh?  Masa pregnant mmg tak ta

2tahun 3bulan Sebut Nama Ummi

Terleka seketika, Tiba-tiba terdengar suara si kecil memanggil... Rupanya dah 2 3 kali panggil, Ummi tak perasan... Last-last terdengar "MUTTAQIAH NAK SUSU!"... HAHAHAHAHAAAA... Berdekah gelak ketawa!!!!! Nothing impossible! Ziyad can pronounce my name dgn baik sekali 👏👏👏 Well done myson! Bukan apa, sebab yang dewasa pun kadang2 kata susah nak sebut 😜 so i think my name unique dan Ziyad mungkin perlukan masa utk belajar menyebutnya. Tapi sebenarnya tak pun. Dia dah buktikannya!

Botol Susu Terbaik

Image
Nampak tuuu bersusun 😆 Sejak bergelar ibu dah hampir 2tahun nie, botol susu benda wajib disiapkan sebelum kaki menjejak keluar dari pintu rumah. Kalau tak ada senjata nie, boleh bergegar kereta Ziyad mengamuk minta susu. Pernah sekali, bawa sebotol je keluar... Tetiba ada hal lak kena balik lambat, menangis tak terkatalah. Nasib baik idea mai terus beli SusuKotak Coklat buat backup...fuhhh!!!😅 Botol Pureen tu memang faveret ummi sebab Ziyad lelaki so just cari yang simple je. Walaupun Pureen je tapi BPA FREE wajib tau. Harga pun berpatutan dalam RM12. Sofar guna okay je 👌 Yang Avent tu jelah mahal sikit RM30+. Tapi design ni besar gedabak 300ml/11oz serius tak suka, tak guna sayang. Botol Avent nie bagus sebab Puting dia lembut & unik. Ziyad sukakannya! Kelebihan paling penting ANTI-COLIC, mengurangkan kembung perut bayi.   Fungsi anti-colic bertujuan untuk mengelakkan bayi dari menyedut udara terlalu banyak ke dalam perut sewaktu menyusu, sebaliknya menolak angin te

PENYAKIT SUSAH TIDUR

Assalamualaikum... Tudiaaaa bersawang "muttaqiahmbc.blospot.com" bertapa lamanya tuan dia takpedulikannya. Nasibbaiklah blog tiada hati & perasaan, jika tidak confirm dah bunuh diri. Hehee... Tak boleh nak tidur nie... Fikir apa pun entahlah. Biar hati nie jelah berkata~kata. Jari nak menari~nari sebentar di keypad nie. Tapi normal kan? Bila kita ada sesuatu perkara yang belum selesai mesti tengah baring nak lena tu akan teringat~ingat sampai nak pejam tak boleh. Last~last kena bangun dan buat. Especially wanita, if lelaki kalau penat terus tidur lena mimpi sampai syurga dah kan? Biasanya orang yang payah nak tidur nie, sebab fikirkan masalah, tanggungjawab yang kena dilaksanakan @ pun insomnia. Anda susah nak tidur sebab apa? Kongsikanlah... Hurmm... Petua nak tidur lena, orang tua ajar telan buah mengkudu. Tapi pahitttt yaaaaa ampunnn kan. Alaa sekarang kan semua instant, so beli je kapsul mengkudu. Confirm lena.... Berani cakap sebab penah cuba. Tapi untuk

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita

Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya: "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah. Rasulullah ﷺbersabda: "Wanita, apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik) Rasulullah ﷺ bersabda: "Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)." Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehi

TANTRUM

Image
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah men jadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang: 1- Pegang dia seperti dalam gambar ini. 2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia. 3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda. 4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang 5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak. *Kenali Apa Itu Tantrum ? Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba . Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang mele

Cinta Pertama

Di saat di ijab qabul hati ini sudah berjanji setia akan mencintai dan menyayangi sepenuh jiwa, Kerana itu suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk perjalanan hidupku, Ku sedar,  Meskipun diri ini belum bersedia namun Allah telah memberi hadiah pernikahan ini tepat pada masanya, Dan inilah waktunya, ku menerima dengan sepenuh jiwa dan raga. Segala persiapan terlaksana walaupun dalam keadaan yang agak kurang bersedia, Masih ada saki baki yang belum benar-benar sempurna, tapi tak mengapalah kerana perlu belajar untuk sentiasa menerima seadanya, Dan sebenarnya kesederhanaan itu lebih baik dan disukai Nabi. Suka dan duka nangis dan tawa hanya diri kita sahaja yang tahu, Dikongsi bersama tiada yang benar-benar memahami, Cuma menjadi kelegaan hati apabila ada pendengar yang setia, Meluangkan masa mendengar masalah isi hati, Alhamdulillah senang hati dan lega. "NIKAHILAH WANITA KERANA EMPAT PERKARA : 1) AGAMANYA 2) KECANTIKANNY