Posts

Showing posts from August, 2011

Doa Pengasih (S'Taha :39)

Ahlan Wa'Sahlan Ya Ramadhan .... "28 Ramadhan 1432" Alhamdulillah hari ini kita masuk 28Ramadhan.. Thats mean esok last puasa =( Sedeyhnya... Nway, segala ibadah yang telah kita lakukan keep it dan sentiasa dipertingkatkan walaupun bukan di dalam bulan puasa...Mudah~mudahan ya. Today saya nak share Doa Pegasih lagi...sebelum nie saya ada postkan daripada  Surah Yusuf ayat 4 kan dan Surah Yassin ayat 36.. Now, akan di tambah lagi iaitu SURAH TAHA AYAT 39 yang berbunyi : "Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'alaa 'ainii" "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang dariku dan agar engkau diasuh di bawah pengawasanku" Caranya: Setiap kali bertemu dengan suami bacalah ayat ini memadailah didalam hati.  Kedua, bagi dikasihi masyarakat bacalah ayat ini 3kali selepas solat. P/s: Dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik!

Ukhti Yang Pelik Di Jaga Allah

Image
ü   Gadis melayu berniqab, ganjil? ü   Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil? ü   Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil? ü   Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil? ü   Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil? ü   Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil? ü   Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil? ü   Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil? ü   Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil? ü   Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil? ü   Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil? ü   Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganj

Malaikat Mendoakan Manusia

Image
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah, bergembira dan beruntunglah jika kita tergolong didalam golongan ini,InsyaAllah : 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”.’                                3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 4. Orang yang menyambung saf pada solat ber

Doa Pengasih

Image
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.. Mari kita sama~sama memanfaatkan ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan niat yang baik "Lillahitaala" :  "DOA PENGASIH" (Surah Yasin: 36) Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf: 4) Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk dan memberi hormat kepadaku". Doa pengasih ini digalakkn dbaca terutama kepada pasangan suami isteri, si isteri mbacanya didalam hati dan menghembuskan perlahan kepada suaminya. begitulah juga buat si suami. Selain itu juga, untuk dikasihi oleh orang sekeliling / masyarakat bacalah ayat2

Bersahur Dengan Tamar

Image
Assalamualaikum w.r.t saudara saudari sekalian... Now 4:51am Sukarnya mata ini untuk dilelapkan Dah 2 hari berterusan x lelapkan mata nie sebab x mengantuk bila dah lewat rasa menyesal sbb x tdo d'awal waktu tapi nak buat macamana keadaan telah menentukan (pasrah)  Dulu dirumah bukan main lagi, x jam 10malam pun dah dibuai mimpi indah  Unfortunately, dah berada d dunia college nie masa tido langsung tidak dititik beratkn InsyaAllah esok berazam nak tidur awal Mudah-mudahan Allah s.w.t mempermudahkan.Amin.. Walaupun x bisa melelapkan mata namun gunakanlah masa yang ada tu dengan sebaik mungkin,antaranya: 1) Membaca buku 2) Mengaji / tafsir 3) Buat assignment 4) Tonton sesuatu yang ilmiah 5) Beribadah (solat sunat tahajud, hajat, taubat,) more too Qiam insyaAllah... 6) Berblogging 7) Elakkan drp melakukan sesuatu yang tidak berfaedah ;) Okaylah...sekarang pun dah 5.19am...time to " BERSAHUR " "Bersahur itu sunna

Masa Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum w.r.t "21 RAMADHAN" Alhamdulillah sekarang dah masuk 21Ramadhan, begitu cepat masa berlalu..masa yang berlalu, pergi tanpa kita  sedari malah tidak menunggu kita wlu sesaat dan ia tidak akan sesekali berputar kembali dan ia akan hanya meninggalkn "KENANGAN". Namun kenangan-kenangan ini hanya akan dihitung kembali di akhirat. Oleh sebab itu setiap apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan syariat yang betul. Sanggupkah kita untuk melihat kembali segala perilaku yang buruk kita didunia ini? Maka andai kita rasa malu sentiasalah beramal ke arah kebaikan dan sentiasa juga untuk berakhlak mulia. "Andai kita menjaga keaiban kita dan juga orang lain maka Allah s.w.t turut menjaga keaiban kita" InsyaAllah..mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara kita. Amin..

Ku Panjatkan Kesyukuran

Image
SubhanaAllah...Maha suci Allah yang menguasai seluruh alam buana ini.. Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana masih memberi kesempatan terhadapku untuk bernafas dengan baik. Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Rabb kerana mensejahterakan hidupku tanpaku sadari hari demi hari, segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan kepada kami tanpa meminta sedikit balasan pun terhadap apa yang Engkau berikan.