Posts

Showing posts from December, 2011

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Image
Daulat Tuanku Selamat Keberangkatan Pulang ke Negeri Terengganu  Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah 12 Disember 2 011. – Keberangkatan pulang   Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah   pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja. Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi. Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen

Keistimewaan Air Wudhuk

Image
Apa keistimewaan air wuduk? - Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk. - Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi. - Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh den

Nama-nama Bayi, Baik Namanya Baiklah AkhlakNya

Image
Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian. Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama. Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu." Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa? Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya. Jika seorang anak itu namanya ' Muja

Dosa Dalam Perkahwinan

Image
Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain. Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata  Bro Hamka  penulis  blog Kereta Mayat  kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah. Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah? Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita. Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup

Revolusi Syria

Image
S yeikh Yusuf Al-Qaradhawi Taklimat khas mengenai revolusi Syria yang disampaikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria. Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi? 1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. 2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta. 3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu me