Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin


Daulat Tuanku
Selamat Keberangkatan Pulang ke Negeri Terengganu 

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
danKe Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah

12 Disember 2011. – Keberangkatan pulang  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah  pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.
Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.
Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja. 
13 Disember 2011 (selasa) akan berlangsung pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 14. Sultan Kedah iaitu Tuanku Andul Halim Mu'adzam Shah. Ini kali ke 2 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki takhta sebagai Yang Di Pertuan Agong.
TUANKU MIZAN menerima cenderahati daripada Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta kelmarin.

Comments

Popular posts from this blog

Botol Susu Terbaik

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita