Posts

Showing posts from September, 2013

Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Image
1.   “Wahai anak kesayanganku!  Allah SWT  memerhatikan  dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.” 2.   “Wahai anakku!  Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT .” 3.   “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah  SWT  (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan  syirik  itu adalah satu kezaliman yang besar.” 4.   “Wahai anakku,  Bersyukurlah  kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.” 5.  “Wahai anakku!  ...