Merungut

Merungut  


‘Luahan ketidakbahagiaan, ketidaksenangan, dan ketidakpuasan.’ 

Apa yang menimbulkan kanser merungut adalah kurangnya penghargaan dan kurangnya emosi yang paling sihat yang kita miliki; kesyukuran.

Apabila kita menghargai apa yang kita miliki, kita akan bersyukur tentang apa yang kita miliki. Apabila anda merungut tentang makanan anda, fikirkan pada masa yang sama jutaan orang lain yang sedang kelaparan. 

Apabila anda merungut tentang pekerjaan anda, fikirkan tentang ribuan orang yang ingin menggantikan tempat anda. Ada satu peribahasa mengatakan berbunyi begini, “Saya menangis kerana saya tidak ada kasut, sehinggalah saya ternampak seorang lelaki tanpa kaki.” (I cried because I don’t have shoes until I saw a man without feet.)

Apabila kita berasa kita hampir kehilangan sesuatu, perkara yang sama akan menjadi satu tanda nilai baru. Jika anda merungut tentang pekerjaan, sama ada  anda mencari pekerjaan lain atau anda berhenti merungut kerana rungutan tidak membawa apa-apa manfaat. Namun, jika anda fikirkan kesannya sekiranya kehilangan pekerjaan, pekerjaan itu akan menjadi bernilai bagi anda.

Comments

Popular posts from this blog

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Doa Pengasih (S'Taha :39)

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita