PERMOHONAN PERKAHWINAN

Saya berkongsi secara ringkas bagaimana untuk membuat proses permohonan untuk berkahwin :-

Langkah-langkah :

1) Menghadirkan diri ke Kursus Pra-Perkahwinan di Pejabat Agama (tempah tarikh terlebih
    awal). 
    Kursus selama 2hari. Bayaran yang dikenakan di Kemaman RM50.00. 
    Kedatangan wajib full, nanti selesai kursus terus dapat Sijil. 

2) Ambil Borang "PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN". Akan dikenakan bayaran
    sebanyak RM 1.00 sahaja.

3) Isi borang :-
     3.1 ) Borang permohonan kebenaran berkahwin bagi Perempuan. (2copy).
             Saksi 2orang cukup syarat. ( Sign & Ic copy d'attachkan sekali dgn borang tersebut)
     3.2)  Pergi Pejabat Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah Seksyen minta nak buat 'Surat Akuan
             Bujang'.
             Kena baca depan Pesuruhjaya Sumpah, berserta nama & no.ic calon suami.
             Bayaran RM 5 @ 10 sahaja.
     3.3)  Buat temujanji dengan Klinik Kerajaan (saya: Klinik Gong Limau) untuk "SARINGAN
             UJIAN HIV". Doktor akan bagi tarikh temujanji, isi borang dan bayar RM 1.00.
             Kena ambil darah 1 tabung uji,  sekali dgn Ujian Thalasemia. Tunggulah beberapa
             minit. 
             Ohya! Jangan lupa bawa borang Ujian HIV yg telah dberikan oleh Pejabat Agama. 
     3.4)  Attachkan gambar berlatar biru sekeping.
     3.5)  Attachkan Sijil Kursus.
     3.6)  Dan akhir sekali attachkan sekali borang kebenaran berkahwin bagi Pihak Lelaki.

4) Serahkan borang tersebut di Pejabat Agama Daerah Kemaman at least SEBULAN SEBELUM 
    tarikh akad nikah.

Mudahkan.....TAPI proses perkahwinan ini bergantung kepada cara pengurusan di tempat masing2.
Harap serba sedikit dapat membantu anda & kalau perlu makluman lanjut sila hubungi Pejabat Agama Daerah masing-masing ya.

Terima Kasih...

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

    

Comments

Popular posts from this blog

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Botol Susu Terbaik

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita