Hadiah Daripada Allah Taala

Sakit itu Penghapus Dosa-Dosa Kecilku..


Setelah sekian lama tak sakit, kali ini sakit menjengah kedalam diriku....AlKisahnya..

Pada malam 08/03/2013 dah mula terasa sengal-sengal badan, baru sahaja pulang dari Kuantan dengan sahabatku 'Masitah' bershopping sakan seharian di ECM hingga ke petang sambung pula di Pasar Malam Indera Mahkota sambil bersilaturrahim dengan saudara di Kuantan pada belah malamnya pula. Alhamdulillah...

#time study di KL rajinlah juga outing sampai lewat dengan kawan2 sekitar Masjid India,Sogo,Pertama,KL Sentral,Klcc,TimeSquare,Bukitbintang,Pavilion,Ampang Point,Ampang Park dan tempat2 yang berkenaan <---- Sambil imbas kembali kenangan lama tempat yg biasa di kunjungi # Sekarang bila dah di Kemaman tiada lagi aktiviti sedemikian  ;)  

Pada 09/03/2013 dah start batuk-batuk, pening, sakit tekak dbuatnya seminggu suara serak nyaris2 kehilangan peti suara nie hehee until now 14/03/2012 still batuk2..#nanti update bila last sembuh#

Sememangnya, sakit itu sudah ditentukan oleh Allah Taala, cuma kejadian2 itu adalah ASBAB wujudnya sakit. Seperti kematian dalam kemalangan. Kemalangan itu menjadi asbab kepada kematian itu. Padahal, memang qada Allah sudah menentukan 'pemergian' seorang hambanya pada waktu dan ketika itu. Dan dalam hal ini jangan sesekali menyalahkan takdir contohnya : "kalau arwah tak naik motor semalam pasti x excident"
NO! kita jangan sesekali berfikir mcm tu yea. Wajib yakin dan redha dengan takdir Allah!

13/03/2013 demam & 14/03/2013 morning boleh plak ditambah dengan sengugut...double triple jadinya nikmat sakit itu. Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihi hambaMu. Sakit sampai tertidur. 'Actually, we're strong than we think' sebab tu kita di uji Ilahi. Betul kan..

Mc 2 hari tak kerja :(  Get an enough rest at home.....Yahooooo!!!! Sakit bebetul k, bukan saja2 MC :)  Thanks to my boss yang memahami ;) Alhamdulillah.... Syukur. 
Sakit2 sikit rela pergi keje daripada duduk rumah tiada apa nak buat selain kerja rumah yang biasalah awal pagi dselesaikan dan pada malam pula dikerjakan lagi. Kerja rumah memang tidak akan pernah selesai, Betul kan kakak2, ibu2, makcik2, puan2, dato'2, datin2 ?

Bila dah seminggu sakit :-

1) Ingat pada Allah banyak2
2) Hadiah daripada Allah sebagai penghapus dosa
3) Belajar Sabar, sabar tahan sakit, sabar menunggu sembuh.....
4) Jangan mengeluh
5) Usaha makan ubat
6) Doa agar disembuhkan, 'Allah yang memberi, Allah jualah yang menyembuhkan'
7) Yakin Allah sayang pada kita
8) Bersyukur masih bernafas dan tidak seteruk pesakit lain
9) Sentiasa berkelakuan dan berbuat baik
10) Redha
11) Jangan pernah putus asa dengan Allah sebab Allah uji Allah nk tengok sejauh mana taatnya kita kepada-NYA.
12) Even sakit ibadah tetap kena buat jangan tinggal yea if not diri kita dikira GAGAL!

Last but not least, semoga sakitku yang pasang surut ini sembuh sepenuhnya :)

Thanks Allah For Everythings.

#Coretan bersantai sahaja#

Comments

Popular posts from this blog

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Botol Susu Terbaik

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita