Syukur dgn Sedekah
Sedekah Tanda Kita BerSyukur Dengan Pemberian Allah Taala.
SubhanaAllah, bila terlihat dan baca peringatan nie hati terasa tersentuh bertapa besarnya fadhilat 'SEDEKAH'. Bagiku bila bersedekah umpama 'air yang mengalir tanpa putus'. Dengan syarat Sedekah yang Ikhlas semata-mata kerana Allah walaupun dalam jumlah yang kecil. Asalkan kita niat kerana Allah Taala.
Lagi banyak rezeki kita ada seharusnya besarlah kita bersedekah.
Teringat Hadis Bukhari ini : (Mohon Perbetulkan andaiku tersalah)
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seorang muslim yang bersedekah itu boleh memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan yang tragis dan menghapuskan sikap sombong,kedekut,angkuh dengan pemberiannya itu."
Subhanallah besarkan fadhilat dia selain beroleh Pahala didunia dan juga diakhirat, beroleh naungan drp panas terik di padang mahsyar.
# BERSEDEKAH AKAN KEKAL , MENYIMPAN UTK DIRI SENDIRI AKAN HABIS #
Sedekah beroleh Pahala, Penyelamat, Penenang, Pemurah,
Membazir membeli itu ini 'Nothings' semata-mata untuk kepuasan nafsu sahaja.
Mudah2an perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada kita semua.
#Sekadar Coretan Santai#
Comments
Post a Comment