Posts

Showing posts from May, 2013

Tips & Faedah Membeli Tanah

Image
"Akhirnya Jasad kita kembali ke tanah juaaa..." hehee Saya saja berkongsi kepada anda semua cara untuk membeli tanah, memilih tanah... Lebih kepada Tips. tajuk buh sendiri supaya senang nak rujuk. Sejak kerja nie macam-macam benda "baru tahu".. explore punya explore jumpalah sumber nie kat blog saudara nie --->   http://drsatrian.blogspot.ro  (terimakasih daun keladi berkongsi ilmu ini) Tips & Faedah Membeli Tanah  Adakah anda ada merancang nak beli tanah tapi tak tahu bagaimana caranya? Anda ada terima tawaran jualan tanah murah tapi anda tidak tahu bagaimana nak periksa status tanah? Anda pernah dengar nama Pejabat Tanah tapi tak pasti apa faedah Pejabat Tanah kepada anda jika membeli tanah? Kepada 'orang-orang baru' seperti saya, memang kurang sangat pengetahuan dalam hartanah ni. Baru setahun jagung la orang kata. Lebih-lebih lagi yang baru memulakan kerjaya dalam hidup, pasti keinginan untuk memiliki tanah ada tapi tak tahu caranya. Kan? ...

Aku mahukan Jiwa Yang Tenang.

Image
Aku mahukan Jiwa Yang Tenang. Sebab diri ini amat sukakan kedamaian dan keharmonian. Alhamdulillah ini dinamakan takdir Allah Taala. Jangan sewenang-wenangnya kita untuk memberontak terhadap sesuatu perkara, cubalah untuk menjadi tenang dan menerima segala kejadian yang berlaku itu dengan baik. Bersangka baik terhadap Allah Taala walau apapun yang menimpa. Pada hakikatnya, sama sahaja jika kita marah dengan apa yang berlaku itu seperti kita marah pada Maha Pencipta. Ramai yang tidak sedari akan hakikat ini. Marah itu perlu tapi bertempat. Lawan nafsu amarah pelihara nafsu muthmainnah. Berhadapan dengan kejahatan mahupun kebaikan apa yang penting ialah awasi dan jagalah hati agar tidak dicemari dengan anasir-anasir yang tidak baik. “Kadang kita bencikan sesuatu perkara itu tapi sebenarnya itu adalah yang terbaik buat kita, Kadang kita suka akan sesuatu perkara itu padahal perkara itu amat buruk buat kita”. Menyerahkan setiap detik kehidupan ini kepada Allah Ta...