Tips & Faedah Membeli Tanah

"Akhirnya Jasad kita kembali ke tanah juaaa..." hehee
Saya saja berkongsi kepada anda semua cara untuk membeli tanah, memilih tanah... Lebih kepada Tips. tajuk buh sendiri supaya senang nak rujuk.
Sejak kerja nie macam-macam benda "baru tahu".. explore punya explore jumpalah sumber nie kat blog saudara nie --->  http://drsatrian.blogspot.ro (terimakasih daun keladi berkongsi ilmu ini)

Tips & Faedah Membeli Tanah 

Adakah anda ada merancang nak beli tanah tapi tak tahu bagaimana caranya? Anda ada terima tawaran jualan tanah murah tapi anda tidak tahu bagaimana nak periksa status tanah? Anda pernah dengar nama Pejabat Tanah tapi tak pasti apa faedah Pejabat Tanah kepada anda jika membeli tanah?

Kepada 'orang-orang baru' seperti saya, memang kurang sangat pengetahuan dalam hartanah ni. Baru setahun jagung la orang kata. Lebih-lebih lagi yang baru memulakan kerjaya dalam hidup, pasti keinginan untuk memiliki tanah ada tapi tak tahu caranya. Kan? Adakah tanah berguna jika dibeli? Misalnya kalau beli tanah seekar hari ni tapi duduk jauh tak diusahakan, apa gunanya membeli? Tapi.. alasan yang paling banyak adalah tak tahu bagaimana cara nak beli tanah, dan ... tak cukup duit. Kan?

So.. bila tak tahu, kenala tanya pada orang yang arif, iaitu.. 'orang-orang tua'. Agak menghairankan jugak sebenarnya bila kita fikirkan di mana semua orang berkeinginan untuk memiliki sebidang tanah baik yang tua mahu pun yang muda, tetapi sering dianggap bahawa urusan jual beli tanah ni dikaitkan sebagai urusan 'orang-orang tua'. Yang muda... samada tak berminat atau tak tahu.

Apa faedahnya beli tanah? (aku dah selalu kena ceramah dengan makabah aku suruh beli tanah, so aku rasa ada baiknya aku kongsikan apa yang diorang ajar)
  1. Nilai tanah yang semakin naik, tidak pernah turun-turun. 
  2. Apabila ada pembangunan di kawasan berhampiran, nilai tanah itu akan mendadak naik (cara cepat jadi kaya).
  3. Jika ada tanah, maka boleh dibuat perusahaan yang memberikan pendapatan tambahan.
  4. Tanah menjadi perisai jika mengalami krisis kewangan (jika dijual, hasilnya bernilai beratus ribu ringgit. Jika kena buang kerja, boleh kembali ke tanah untuk mengusahakan pertanian).
  5. Jadi harta pusaka kepada anak-anak (jadi, adalah sedikit peninggalan harta untuk anak-anak jika kita 'pergi').
  6. Geran tanah boleh dipajakkan untuk membuat pinjaman bank. (cara mudah mendapatkan duit pinjaman tanpa penjamin)
  7. Tanah boleh disewakan. (dapat hasil sewaan, tambah lagi pendapatan bulanan. Ye tak?)
  8. Jika kawasan tanah kita nak dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kita boleh berikan tanah kita kepada pemaju perumahan dan digantikan dengan beberapa bijik buah rumah sebagai tukaran. 
  9. Tanah adalah harta yang paling sukar dicuri atau hilang. Jika hilang geran pun, boleh buat permohonan untuk dapatkan geran asli daripada Pejabat Tanah. 
Banyak kan faedah memiliki tanah? Jadi.. di sini saya ingin berkongsikan cara-cara bagaimana membeli tanah seperti yang diterangkan oleh orang tuaku..


Selamat Membeli :) Kaya Tanah kaya Iman... Ada lebih berkongsi buat masjid ka apa sahaja untuk amal jariah LillahiTaala.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Doa Pengasih (S'Taha :39)

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita