Aku mahukan Jiwa Yang Tenang.


Aku mahukan Jiwa Yang Tenang. Sebab diri ini amat sukakan kedamaian dan keharmonian.
Alhamdulillah ini dinamakan takdir Allah Taala.
Jangan sewenang-wenangnya kita untuk memberontak terhadap sesuatu perkara, cubalah untuk menjadi tenang dan menerima segala kejadian yang berlaku itu dengan baik.

Bersangka baik terhadap Allah Taala walau apapun yang menimpa. Pada hakikatnya, sama sahaja jika kita marah dengan apa yang berlaku itu seperti kita marah pada Maha Pencipta. Ramai yang tidak sedari akan hakikat ini. Marah itu perlu tapi bertempat.

Lawan nafsu amarah pelihara nafsu muthmainnah. Berhadapan dengan kejahatan mahupun kebaikan apa yang penting ialah awasi dan jagalah hati agar tidak dicemari dengan anasir-anasir yang tidak baik.

“Kadang kita bencikan sesuatu perkara itu tapi sebenarnya itu adalah yang terbaik buat kita,
Kadang kita suka akan sesuatu perkara itu padahal perkara itu amat buruk buat kita”.

Menyerahkan setiap detik kehidupan ini kepada Allah Taala, tiada tempat ku bergantung melainkan Allah Taala. Terima kasih Allah kerana memberi aq bernafas di muka bumi ini. Jadikanlah aq hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan rasa kenikmatan rahmat keberkatan dari-Mu. Amin Ya Rabb.

# Friday : 17 May 2013 : 09:55pm#

Comments

Popular posts from this blog

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin

Doa Pengasih (S'Taha :39)

Wasiat Rasulullah buat Kaum Wanita